Isnin, 20 Ogos 2007

Gambar Semasa Mesyuarat Agung

Yippeeee... haaa korang... ni gambar2 masa mesyuarat agung ari tuh... isi kandungan mesyuarat.. tak payah lah aku letak... semua pun tau.... so, korang tengok jer lah gambor2 ni yer...















Isnin, 13 Ogos 2007

Hayatilah dan Hargailah Kemerdekaan... Selamat Hari Merdeka yang ke 50...


Merdeka... Merdeka.. Merdeka... itulah ucapan keramat yang telah memakmurkan negara kita selama 50 tahun. Pada tanggal 31 ogos 1957, Tuanku Abd. Rahman Putra Al-Haj, telah melaungkannya dan disambut oleh semua rakyat jelata tidak mengira kaum di Stadium Merdeka.

Untuk lebih penghayatan.. cewah... di sini aku senaraikan kronologi kemerdekaan dari peristiwa penjajahan sehinggalah merdeka... Semoga bila kita menyambut perayaan Jubli Emas negara nanti, kita akan dapat menyoroti dengan lebih terperinci liku-liku jalan yang dilalui pejuang-pejuang kemerdekaan dalam usaha membebaskan negara dari belenggu penjajah.

1786 Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.
1819 Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas untuk Britain di Singapura.
1824 Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Belanda secara rasmi menyerahkan Melaka kepada Inggeris.
1826 Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran Inggeris dengan panggilan Negeri-negeri Selat.
1832 Singapura dijadikan ibu negeri bagi Negeri-negeri Selat.
1841 James Brooke menjadi Rajah Putih atau Rajah Sarawak.
1881 Syarikat Berpiagam Borneo Utara menubuhkan pejabat di Borneo Utara (sekarang Sabah).
1888 Borneo Utara, Brunei dan Sarawak menerima perlindungan British.
1896 British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
1905 Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan bertujuan menyediakan pendidikan kepada bakal-bakal pentadbir dalam kerajaan British.
1915-1941 Tanda-tanda awal semangat nasionalisme mula dirasai bila British mengamalkan dasar pecah dan perintah.
1922 Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka di Tanjung Malim, Perak.
1931 Sekolah Pertainian Tanah Melayu dibuka di Serdang, Selangor.
1941-1945 Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah Melayu dengan ketibaan dan pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.
1945 Jepun menyerah kalah, menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. British kembali ke Tanah Melayu.
1946 British merencanakan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) tetapi dibantah keras orang-orang Melayu. 1946 Datuk Onn Jaafar mengasaskan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Permulaan zaman Darurat, iaitu pemberontakan pengganas komunis selama 12 tahun.
1948 Institusi pengajian tinggi awam pertama di Tanah Melayu, Universiti Malaya dibuka di Kolej Perubatan Raffles, Singapura.
1952 UMNO dan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) berganding dalam pilihan raya bandaran pertama di Kuala Lumpur. 1953 Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan Kongres India Sa-Tanah Melayu (MIC) ditubuhkan.
1954 Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke Britain untuk menuntut kemerdekaan, namun tidak begitu berjaya.
1955 Pilihan Raya pertama bagi Semenanjung Tanah Melayu diadakan dengan lancar dan berakhir dengan kemenangan besar bagi Perikatan. Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
1956 Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan ke London untuk mengadakan rundingan kemerdekaan. Britain bersetuju memberikan kemerdekaan. kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
1956 Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.
1956 Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merumus dan memperhalusi draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perikatan menyerahkan memorandum yang dipanggil Pakatan Murni, yang mengusulkan tolak ansur antara kaum di negara ini. Memorandum ini menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata..
1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri pertama manakala Dato’ Abd Razak Hussein menjadi timbalannya.





1957 Majlis Raja-raja berkenan memilih gelaran “Yang di-Pertuan Agong” bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama.
1963 Kelahiran negara baru yang diberi nama Malaysia, meliputi Semenanjung Malaysia, Singapura, Sabah (dahulunya Borneo Utara) dan Sarawak.

itulah sedikit sebanyak yang dapat dirumuskan mengenai kemerdekaan negara kita.. kepada ahli Kelab Orang Rimba Raub, kenang dan renungilah perjuangan wira dan wirawati dalam mencapai kemerdekaan.

Semoga kemerdekaan yang kita kecapi ini kekal untuk selamanya. Kita sebagai generasi kini yang mewarisi kemerdekaan wajib mempertahankannya... geng.. jom kita laungkan... MERDEKA!... MERDEKA!.. MERDEKA!..