Khamis, 22 November 2007

Mendaki Bukit Kolam, Rotan Tunggal, Raub

Sempena Cuti Deepavali baru2 ini.. beberapa orang ahli iaitu En Naib Pengerusi, Abang Zulkapli dan salah seorang AJK, Sham... ada beberapa individu lain yang mengikuti mereka iaitu Johari, Hanif dan anak Abang Zul, Boy... korang tengoklah sendiri gambar pendakian mereka..

Bukit Kolam ini terletak di kawasan Rotan Tunggal, Raub. Menariknya, kita boleh menikmati pandangan bandar Raub dari puncak Bukit Kolam. Semasa pendakian ini, Abang Zul telah terjumpa sejenis cendawan yang unik dan jarang dijumpai. Walaupun yang pergi hanya beberapa orang, namun kepuasan tergambar di wajah mereka.. lepas gian orang kata...


Pada 2hb Disember 2007, satu program mendaki Bukit Kolam akan diadakan. So kepada yang berminat, bolehlah beri nama dan nombor untuk dihubungi. Percuma jer.. Hubungi En. Hasmadi 019-4724966, En. Zul 013-9787436, En. Sham 013-9605688 atau Adila 019-9637044. Ok.


Peluklah pokok tuh...


Papan Tanda Pejabat Silvilkultur Negeri Phg


Orkid Hutan




Cendawan Unik Yang Dijumpai


Pandangan Pejabat Daerah Dari Bukit Kolam




Pandangan Bandar Raub Dari Bukit Kolam


Relaks Sekejap Sebelum Turun...