Isnin, 31 Disember 2007

Menjejak Tarantula di Bukit Fraser.... 23hb - 25hb Disember 2007

Okeh... sekarang ni kita berada dalam tahun 2008, apa azam baru korang.. Dan sebagai penutup tahun 2007.. kami telah sepakat untuk ke Bukit Fraser untuk menjejak tarantula.. Tarantula? ada ke tarantula kat malaysia nih... ada... nanti aku letak gambar.. walaupun begitu.. aku masih belum dapat nama scientificnya lagi.. takder feedback dari yang pakar.. apa2pun aku akan update kat sini...

Selain menjejak tarantula, kami ada juga buat aktiviti jungle trekking. Kami meneroka dua laluan iaitu di Abu Suradi Trail (500 meter) dan Mager Trail (1000 meter). Punyalah kelakar, jalan punya jalan rupa2nya laluan tu berakhir berhampiran dengan tempat kami menginap.. ingat kan jauh lah sangat..

Satu lagi aktiviti adalah abseilling di Air Terjun Jeriau. Yang ni memang kerja gila... adalah dalam 20 kaki ketinggian tebing tuh... tapi respek lah ngan syikin... berani turun.. aku dah surrender awal2.. hehhe gayatlah... yang lain2.. cip, tok ayah n sham pun turun jugak... cayalah korang... but safety first haa...

Program ni umpama mengimbau kembali program yang sama pada tahun lepas.. yang tu lagilah.. ada bapak tarantula dalam kolong lah.. jumpa lotong masa nak ke jeriau lah.. kali ni lagi happening.. kami berharap sangat.. tahun depan kami dapat bawa ahli2 lain ke sana dan rasai keseronokkannya.. tapi kena belanja lebih sket ye sayang.. kami pun guna duit sendiri....

nanti aku sambung bingkisan lagik ek... bz plak.. korang tengok gambar jer lah ek... layanzzz....




bergambar beramai-ramai di air terjun jeriau


sejenis tarantula yang terdapat di Bukit Fraser


Sejenis tarantula jugak


yang ni kerabat tarantula... tak reti nak balik tidur


yang ni baru lepas kena tipu dengan tok ayah n cip.. jalan
punya lama tapi last2 kuar dekat rumah penginapan.. kampit tul



tengah pasang tali untuk aktiviti abseilling di Air Terjun Jeriau


cip tengah buat aktiviti abseilling (gila diorang ni...syikin, sham, tok ayah
n cip... )


aktiviti menggulung tali... hheheh..(dah siap aktiviti.. gulung lah)

amacam.. oklah kan... aku minta maaf lah sebab lambat update.. aku bz giler2 skang ni... cau cin cau.... jumpa lagi....









Sabtu, 8 Disember 2007

Mendaki Bukit Kolam Ekspedisi Kedua 2hb Disember 2007



keratan akhbar sinar harian 11/12/2007

Heheheh... kali ni aku malas nak membebel panjang2. Kali ni ekspedisi melibatkan 18 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli kelab, individu dan istimewanya 2 orang peserta muda yang berumur 9 dan 11 tahun.. cayalah dik. Macam2 gelagat dan perangai diorang ni.. maklumlah.. tinggi bukitnya oiii.. letih weh... "hugeh lutut kaeh"... kata abang zul..

Mereka ni diberi penerangan dan pendedahan mengenai tumbuh-tumbuhan herba seperti tongkat ali... pokok-pokok hutan cam periuk kera.. dan istimewanya sebatang pokok besar yang dianggarkan telah hidup beratus tahun.... Bila dah sampai puncak... kita boleh tengok permandangan yang menarik Bandar Raub.

Aku sebenarnya cuba nak perolehi maklumat tentang bukit kolam ni. Tapi bila aku tipon pejabat hutan, disuruhnya tipon pejabat silvilkultur, pastu di suruhnya bercakap dengan renjer... last2 senyap jer tipon tuh... hmm lain kali lah aku cuba ek... kalau dapat lah....

Jom kita tengok gambar....






bergambar dulu....


letih woooo....


kita minum duluuuu.....


posing kejap...


ni pose istimewa dari madi n duan


bergambar lagikk...


abang madi sedang memberi penerangan kpd peserta ttg periuk kera


ni lah periuk keranya



dan lagikkkkk


haaaa ni kat puncak... errr korang jangan hiraukan aksi duan..