Isnin, 13 Ogos 2007

Hayatilah dan Hargailah Kemerdekaan... Selamat Hari Merdeka yang ke 50...


Merdeka... Merdeka.. Merdeka... itulah ucapan keramat yang telah memakmurkan negara kita selama 50 tahun. Pada tanggal 31 ogos 1957, Tuanku Abd. Rahman Putra Al-Haj, telah melaungkannya dan disambut oleh semua rakyat jelata tidak mengira kaum di Stadium Merdeka.

Untuk lebih penghayatan.. cewah... di sini aku senaraikan kronologi kemerdekaan dari peristiwa penjajahan sehinggalah merdeka... Semoga bila kita menyambut perayaan Jubli Emas negara nanti, kita akan dapat menyoroti dengan lebih terperinci liku-liku jalan yang dilalui pejuang-pejuang kemerdekaan dalam usaha membebaskan negara dari belenggu penjajah.

1786 Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.
1819 Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas untuk Britain di Singapura.
1824 Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Belanda secara rasmi menyerahkan Melaka kepada Inggeris.
1826 Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran Inggeris dengan panggilan Negeri-negeri Selat.
1832 Singapura dijadikan ibu negeri bagi Negeri-negeri Selat.
1841 James Brooke menjadi Rajah Putih atau Rajah Sarawak.
1881 Syarikat Berpiagam Borneo Utara menubuhkan pejabat di Borneo Utara (sekarang Sabah).
1888 Borneo Utara, Brunei dan Sarawak menerima perlindungan British.
1896 British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
1905 Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan bertujuan menyediakan pendidikan kepada bakal-bakal pentadbir dalam kerajaan British.
1915-1941 Tanda-tanda awal semangat nasionalisme mula dirasai bila British mengamalkan dasar pecah dan perintah.
1922 Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka di Tanjung Malim, Perak.
1931 Sekolah Pertainian Tanah Melayu dibuka di Serdang, Selangor.
1941-1945 Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah Melayu dengan ketibaan dan pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.
1945 Jepun menyerah kalah, menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. British kembali ke Tanah Melayu.
1946 British merencanakan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) tetapi dibantah keras orang-orang Melayu. 1946 Datuk Onn Jaafar mengasaskan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Permulaan zaman Darurat, iaitu pemberontakan pengganas komunis selama 12 tahun.
1948 Institusi pengajian tinggi awam pertama di Tanah Melayu, Universiti Malaya dibuka di Kolej Perubatan Raffles, Singapura.
1952 UMNO dan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) berganding dalam pilihan raya bandaran pertama di Kuala Lumpur. 1953 Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan Kongres India Sa-Tanah Melayu (MIC) ditubuhkan.
1954 Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke Britain untuk menuntut kemerdekaan, namun tidak begitu berjaya.
1955 Pilihan Raya pertama bagi Semenanjung Tanah Melayu diadakan dengan lancar dan berakhir dengan kemenangan besar bagi Perikatan. Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
1956 Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan ke London untuk mengadakan rundingan kemerdekaan. Britain bersetuju memberikan kemerdekaan. kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
1956 Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.
1956 Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merumus dan memperhalusi draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perikatan menyerahkan memorandum yang dipanggil Pakatan Murni, yang mengusulkan tolak ansur antara kaum di negara ini. Memorandum ini menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata..
1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri pertama manakala Dato’ Abd Razak Hussein menjadi timbalannya.





1957 Majlis Raja-raja berkenan memilih gelaran “Yang di-Pertuan Agong” bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama.
1963 Kelahiran negara baru yang diberi nama Malaysia, meliputi Semenanjung Malaysia, Singapura, Sabah (dahulunya Borneo Utara) dan Sarawak.

itulah sedikit sebanyak yang dapat dirumuskan mengenai kemerdekaan negara kita.. kepada ahli Kelab Orang Rimba Raub, kenang dan renungilah perjuangan wira dan wirawati dalam mencapai kemerdekaan.

Semoga kemerdekaan yang kita kecapi ini kekal untuk selamanya. Kita sebagai generasi kini yang mewarisi kemerdekaan wajib mempertahankannya... geng.. jom kita laungkan... MERDEKA!... MERDEKA!.. MERDEKA!..

Sabtu, 7 Julai 2007

Fraser's Hill International Bird Race 2007 - Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser 2007

Wah... sekarang masing2 sibuk dengan dunia sendiri.. tak mengapa... sibuk macamana pun... ada aktiviti yang telah disertai oleh ahli ORR.. Baru-baru ni... ayahanda Zul... atau Abang Zul dan 2-3 orang ahli telah menyertai FRASER'S HILL INTERNATIONAL BIRD RACE 2007 atau PERTANDINGAN MENGENAL BURUNG ANTARABANGSA BUKIT FRASER 2007 pada 23 dan 24 Jun 2007... Penat temuramah abang zul ni tau... baik korang baca....



Pertandingan ini adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dan pemenangnya ditentukan berdasarkan spesis burung terbanyak dijumpai oleh pasukan.. malah syarat pertandingannya juga mudah. Pertandingan dimulakan pada 1.00 petang, 23 Jun 2007 dan berakhir pada 12.00 tengahari, 24 Jun 2007. Setiap pasukan diberikan satu buku log untuk mencatatkan masa, tempat dan spesis burung yang dijumpai. Macam2 nama burung ni... dan macam2 pula spesisnya... Nama kumpulan Abang Zul ni... Blue Wing Pitta...

Macam2 cara lah diorang ni nak kenal nama burung... so diorang guna buku yang boleh didapati dimana2 kedai buku... macam2 tajuk ada.. tapi kepada yang professional... tengok warna bulu pelepah dengan bunyi pun dah kenal burung apa...

Mereka ni pun explore mana2 habitat burung yang ada di Bukit Fraser.. sehinggalah ke malam... memang menarik pengalaman mereka ni.. bunyi burung juga dikira markah tau.. so selama sehari semalam pertandingan berlangsung.. Kumpulan ini hanya mendapat 45 spesis burung sahaja. Untuk itu mereka mendapat saguhati sahaja..

Dibawah ni sedikit gambar yang dapat dirakam










Khamis, 28 Jun 2007

Kelab Orang Rimba Raub (testing letak video)


ok geng... mungkin ada daripada korang tak leh load video ni.. guna

youtube jer... so kpd yang guna dial-up maybe lambat sket...

video ni testing jer.. lain kali kalau korang ada video pendek yang nak

kongsikan.. send kat aku... leh aku letak kat sini... semua member leh

tengok... oh ye background song aku guna

sapa nak donlot klik kat sini --------> Video testing ORR

Jumaat, 15 Jun 2007

Scutigera Coleoptrata (House Centipede)

Okeh, hari ni saya nak berkongsi maklumat mengenai sejenis lipan yang telah ditemui di Lata Gambir, Cheroh, Pahang semasa kami membuat aktiviti perkhemahan. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai House centipede atau nama saintifiknya "Scutigera Coleoptrata" .

Identification

Distinctive overall shape, with notably long legs. The general colors are yellowish brown hues, with three dark stripes running along the top of the body with lighter shading between them. The 15 pairs of legs are banded, becoming lighter toward their tips, with barbs that help hold onto prey.

They have large, well-developed, multi-faceted eyes.

In females the last pair of legs are more than twice the length of the body.



Habitat

Mostly encountered indoors in damp areas such as bathrooms, cellars, and crawl spaces. It will venture beyond these areas and is often seen quickly scurrying across people's floors or climbing a wall.
Outdoors, they live under logs, rocks, and similar moist protected places.



Food

Predatory on other arthropods, including cockroach nymphs, flies, moths, bedbugs, crickets, silverfish, earwigs, and small spiders. In short, they'll eat many things you'd probably much rather not have in your home.


Life Cycle
A female may lay anywhere from 35 to over a hundred eggs, but does not guard or provide for them. Larvae hatch with four pairs of legs and get increasingly more as they mature, up to 15 pairs at maturity.


resources : http://bugguide.net/

Itu adalah antara maklumat yang saya dapati dari Internet, sekurang-kurangnya kita dapat mengenali serangga yang melata di bumi kita. Banyak lagi yang masih belum kita terokai. Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang (aku masih tercari2 maksud pianggang nih), 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut. Menabjukkan bukan !

Ini aku letak beberapa gambar House Centipede yang aku dapati dari http://bugguide.net/













klik kat gambar ok... baru nampak dengan jelas..

ok... aku dapat dah apa maksud pianggang tuh.... pianggang adalah sejenis serangga dimana mereka mempunyai bahagian mulut yang sesuai untuk menghisap lenair dari tumbuhan. Pianggang dari Keluarga Pentatomidae, badan mereka lebah dan nipis serta mengeluarkan bau yang busuk. . Mereka boleh mengeluarkan bunyi yang kuat dari bahagian abdomennya. Dalam bahasa inggerisnya "PLANT BUGS"

Contoh senangnya... RIANG-RIANG....penat aku cari maksud "pianggang" tu.. (baru aku tahu diorang kuarkan bunyi dari perut....hihihihih)

Ada maklumat atau rencana... sila email kepada : kelab_orraub07@yahoo.com sebarang pendapat dan cadangan juga kami alu-alukan.




Selasa, 12 Jun 2007

XPDC Berakit Antarabangsa Sg. Pahang 2007

Untuk sekian lamanya, jari2 ku bercuti dari menulis dan bercerita mengenai aktiviti kami. Mungkin pada mereka yang tahu.. baru-baru ini telah diadakan acara tahunan EKSPEDISI ANTARABANGSA BERAKIT SUNGAI PAHANG 2007, yang bermula dari Kuala Lipis dan berakhir di Pekan pada 29 April - 6 Mei.

Ada ahli kami yang menyertainya.. namun berpecah mengikut jabatan atau pertubuhan lain. Seperti pengerusi kami Abang Madi, beliau menyertai kumpulan berakit JKR Daerah Raub, manakala S/U kami, Abang Asri.. AJK ... Saiful, Abang Black dan Abang Sani dibawah Belia Felda (rakit lanun... sapa yang tak kenal...) .. Malah abang Shah dari KL pun ada.. (tapi dia ni mmg tiap2 tahun ada)

Pada 1 mei 2007, kami (saya, sham n zila) berjaya menjejaki mereka di kg. sanggang... hmmm seawal 4 petang kami dah menunggu di tebing sungai... pukul 8.30 mlm baru mereka sampai !!... tapi takper... dek kerana teruja, kami tak kisah... janji dapat tengok live rakit2 ni sampai (errr.. ni first time saya pergi program rakit antarabangsa..hheehehe). oklah... nak cerita banyak... saya tak mengikutinya dari awal... namun satu saja azam kami.... tahun depan.. RAKIT ORR akan turut serta menyusuri sg. pahang.... Satu cabaran buat kami.... ada berani..

adeh lahhhh.... puas aku mengedit...
























Itu antara gambar2 yang diperolehi... so enjoy