Hutan Sebagai Tempat Rekreasi...
Haa... masa aku jalan2 kat dalam internet ni.. aku terjumpa satu artikel tentang hutan sebagai tempat rekreasi... so aku rasa menarik... that's why aku letak kat blog ni.. maybe artikel ni lama sikit.. tapi takperlah... untuk tatapan korang jugakkk... jom baca ...
Ahli sains menganggap hutan sebagai satu makmal yang besar bagi mereka menjalankan eksperimen dan kajian yang tak terhingga. Ahli masyarakat yang biasa pula telah menganggap hutan sebagai sesuatu tempat yang cantik dan selesa untuk merehatkan minda dan jiwa. Pada berpuluh-puluh tahun dahulu, hutan telah digunakan untuk berehat dan bersukan. Penggunaan hutan untuk rekreasi kian berkembang sejak kebelakangan ini. Sebab yag pertama mungkin kerana penduduk mula mempunyai masa untuk berekreasi. Selain itu, taraf hidup penduduk juga semakin meningkat dan mempunyai masa yang lapang untuk beristirehat. Penduduk bandar juga mula bosan dengan kehidupan di bandar dan ingin tinggal jauh dari bandar buat seketika. Dengan perkembangan kegiatan perindustrian, semakin ramai lagi orang yang menuju ke hutan untuk mendapat udara yang segar dan bersih. Oleh itu, hutan-hutan rekreasi telah diwujudkan dengan tujuan menyediakan kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri hutan alam semulajadi bagi aktiviti-aktiviti peristirehatan kepada masyarakat. Dengan ini, masyarakat berkesempatan menghayati suasana persekitaran hutan di samping mengenali pelbagai fungsi flora dan fauna hutan. Dalam konteks ini, Hutan Hujan Tropika menepati keperluan berekreasi. Di samping teduhan tumbuhan dan aliran sungai, masyarakat turut disediakan dengan pelbagai kemudahan riadah seperti kawasan perkhemahan, persiaran danai alam, kolam mandi dan pelbagaai kemudahan rekreasi lain. Sebenarnya, hutan telah memberikan kita banyak faedah yang secara langsung atau tidak langsung. Di negara asing, nilai rekreasi hidupan liar dari segi ekonomi adalah lebih tinggi daripada nilai dagangannya. Misalnya di Amerika Syarikat, terdapat lebih daripada 30 juta penduduk menjalankan kegiatan memburu dan memencing. Ini telah menampung keperluan industri pelancongan dan rekreasi Amerika. Walau bagaimanapun, masih ramai penduduk yang menganggap hidupan liar sebagai sesuatu yang menarik untuk dilihat dan dikaji, bukannya untuk diburu. Oleh sebab itu, kawasan hutan diperuntukan untuk tujuan rekreasi dan tempat pemeliharaan hidupan liar. Dengan ini, Taman Negara telah diwujudkan. Dalamnya terdapat banyak hidupan liar seperti seladang yang takutkan manusia.
Dalam Rancangan Malaysia ke-2 dan ke-3 (1971-1980), 25 kawasan hutan rekreasi telah ditubuhkan. Sehinggan penghujung Rancangan Malaysia ke-4 (1981-1985), sebanyak 14 kawasan lagi telah dimajukan sebagai hutan rekreasi. Langkah kerajaan dalam menubuhkan hutan-hutan rekreasi ini telah menambahkan perkembangan kemajuan pelancongan negara. Kawasan hutan tidak akan dimusnahkan melalui aktiviti penebangan dan ia digunakan untuk tujuan pelancongan alam semulajadi dan aktiviti rekreasi. Dengan cara ini, masyarakat akan menjadi lebih prihatin dan peka terhadap kepentingan hutan dalam menyumbangkan peranannya mensejahterakan kehidupan. Justeru, masyarakat akan menjadi lebih mencintai alam semulajadi sejajar dengan kehendak negara bagi memelihara dan mengekalkan kualiti dan keindahan alam sekitar. Kini, pengurusan dalam industri berorientasikan pelancongan alam semulajadi berpotensi menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada ekonomi negara.
so korang... apa pendapat korang... bagi aku.. hutan ni satu khazanah alam yang berharga.. cuma skarang ni ramai yang rakus .. errr rakus ker.. bolehla.. mengejar keuntungan dengan memusnahkan utan.. alaa korang tengok jerlah kat pahang ni... sendiri mau fikir. ok.. so fikir2kanlah... cau cin cau...