Jumaat, 23 Mac 2007

XPDC Merentas Banjaran Titiwangsa 2006

XPDC BERJALAN KAKI MERENTAS BANJARAN TTWANGSA 2006..ULU SLIM, PERAK - ULU SUNGAI, PAHANG
Anjuran.. pejabat daerah Batang Padang dan Raub.. 15 sept - 17 sept 2006.... disertai oleh jabatan kerajaan dan orang awam.. apatah lagi program ni program tahunan...istimewanya kali ini.. Kelab kami..iaitu KELAB ORANG RIMBA RAUB.. menjadikannya lain sedikit.. Kali ni kami masuk sehari awal.. bermalam di tengah2 banjaran.. di sana kami mencari tapak perkhemahan.. lokasi kami betul2 selepas perhentian di antara dua negeri.. sempadan perak-pahang... dekatlah jugak dengan "batu hidang"... kami semua membuat sambutan di sana.. dengan memasang banner.. di situ setiap peserta yang awal.. akan diberikan gula2.. sebagai cenderahati kami.. sambil2 tu jugak.. leh gak tambah tenaga.. ye takk.. kelab kami juga dibekalkan ubat-ubatan.. manalah tau kot2 ada yang memerlukan... di tapak perkhemahan atau kami beri nama "HENTIAN ORR" ni.. ada lah kami sediakan kelong air.. yang disambungkan dari anak sungai... bolehlah peserta2 yang kehabisan air singgah sebentar untuk mengisi botol yang dah kosong.. oleh kerana ahli kelab ada yang kretip.. siap ada pangkin rehat.. punyalah rajinn.. thanks guysSelepas 3/4 peserta melalui hentian kami... kami pun turut serta untuk turun dari banjaran.. menuju ke Pos Buntu Ulu Sungai.. kalau ikutkan hati nak je tinggal sehari lagi.. tapi chief kata balik.. kenalah juga balik..kang tak pasal2 kena sekeh ngan chief... (sori chief..gurauan semata2).. masa tuh.. ujan dah turun... jalan pun licin.. nak2 lagi di kawasan tanah.. semuanya jadi lumpur.. aku ni tak tau berapa kali jatuh terduduk.. huhuhuhu.. tapi mmg best gilak program taun ni...so semua peserta akan dikumpulkan di padang sek. keb. ulu sungai.. ada juga peserta yang ditempatkan di sekolah.. dan ada yang berkhemah sendiri.. sambutan pada malam tuh.. agak meriah... tapi... harap diperbaiki lagi pada masa2 akan datang.. kerana RAUB menjadi tuan rumah... so.. tunjukkanlah kita lebih "mesra alam" dan happening...so korang... misi kami dah berjaya.. pada kami lah... gambo.. tengok kek bawah.. wa dah tampal utk tatapan semua... sekian sahaja laporan saya utk mereka yang rajin baca....muhahhahhaha... may i passed away...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
ni gambar mula2 nak amik... tapi ada sekor lebah duk kat lensa kamera h/p abg madi... abih smua orang tak jadik posing.. pakat gelak ramai2...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
ni baru ok... tapi ada sorang pelajar dari sek. men. shahbandar, raub.. nama.. hahaha.. tak sempat nak berkenalan.. banner yang kami pegang tuh.. banner sek. men. shahbandar lah... cayalah korang

Khamis, 22 Mac 2007

Kelab Orang Rimba Raub.. kini Pertubuhan Rasmi

Yahooo.... Semalam aku menerima perkhabaran gembira dari Pengerusi ORR- Abg Madi melalui SMS... Berita gembira yang ingin aku kongsi di sini ialah... Kelab Orang Rimba dengan rasminya bergelar pertubuhan... setelah semua ujian dan dugaan kami lalui... cewahhh... akhirnya Kelab Orang Rimba Raub boleh bergerak secara rasmi...

Untuk itu.. sebagai tribute semua usaha yang telah diberikan... aku letak gambar2 semasa kita bertatih dahulu... sampai jatuh terduduklah kita... tapi kini.. kita perlu berbangga.. Alhamdulillah...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
aktiviti abseiling dan flying fox di lata jarum (aktiviti pertama kami)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
program perlancaran enam jahanam anjuran PROSTAR daerah Raub bersama Ramli Sarip

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ramli Sarip menandatangani banner

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
ni semasa program merentas banjaran titiwangsa tahun 2006.. butirannya akan aku tulis di posting akan datang

banyak lagi gambar2 ni tapi takper.... slow2.. so sekarang... bermulalah perjalanan kami sebagai sebuah kelab yang berdaftar.... doakan kami berjaya ya!

untuk kawan2... let's get loud!!!!

Posting Pertama

Fiuhhhh... Lega rasanya... Tiba2 aku dapat idea untuk wujudkan satu blog untuk "KELAB ORANG RIMBA RAUB"... bukan apa..sekurang-kurangnya sekira ada aktiviti.. aku leh upload kat sini.. ahli2 lain leh baca dan beri komen2 mereka... (kalau diorang ada surf kat sini laaa...).. Gambar2 aktiviti... pengumuman ker.. apa2 lah... akan aku laporkan kat sini... apa salahnya kan.. kalau aku dapat guna kemudahan yang ada... chief, elaun untuk aku takder ker.? hehehheh...Pengenalan sikit yer... Kelab Orang Rimba baru saja ditubuhkan... dan masih lagi dalam penajaan... tapi ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa penaja yang sentiasa beri komitmen dalam menjayakan apa2 aktiviti... samaada anjuran sendiri..atau join mana2 program.... meh aku listkan ahli jawatan kuasa penaja yang semuanya baik... gila2... dan berkerja keras untuk kelab... jeng..jeng..jenggggg.... Abang Madi - PengerusiAbang Sani - N. PengerusiAbang Asri - SetiausahaAdik Dila - Pen. Setiausaha ( aku lah tuh.... )Adik Siti - BendahariAJK lain2Abang Black , Akak Zila, Abang Atan, Adik Epol, Adik Syikin, Adik Duan dannnn Ayahanda Zul (sebab dia paling vateran antara kami semua... tapi rock uuuuu)rasanya sampai sini dulu catatan pertama untuk blog ni... lain kali aku upload gambar or video (kalau adalah k)...so..... HIDUP ORR !!!

Kembara Lata Gambir

Tempat : Lata Gambir, Cheroh, Raub, Pahang

Peserta :
Noor Hasmadi bin Ahmad (K)
Mohd. Hisyam bin Mohd. Nor
Norhisham bin Othman
Ahmad Johari bin Ali
Shaiful Zahari bin Ismail
Mohd. Redzuan bin Mohd. Yusof
Rozila binti RazaliNorasikin binti Zulkifly
Nor Adila binti Mohamed Hazni

Hari Pertama:
Para peserta berkumpul di rumah kak zila yang merupakan salah seorang xpdc kali ini. Kami bertolak pada jam 6.45 petang dengan menaiki lori merentasi ladang kelapa sawit dan ada diantara kami yang menunggang motorsikal. Kami tiba kira-kira jam 7.25 petang selepas berjalan kaki selama 15 minit dari tempat kami diturunkan. Sesampainya di tapak perkhemahan beberapa peserta ditugaskan membuat pemantauan sebelum membersihkan tapak perkhemahan untuk mendirikan khemah.Setelah semuanya selesai, para peserta wanita diberi tugas untuk memasak hidangan makan malam. Hanya makanan ringkas yang disediakan seperti sardin dan nasi putih. Pada malamnya semua peserta berehat untuk menantikan aktiviti pada hari berikutnya.Pada malam itu juga, Abg Madi telah terjumpa dengan serangga spesis lipan yang kemudiannya telah dikenal pasti sebagai 'house centipede' atau nama saintifiknya 'scutigera coleoptrata'.

Hari Kedua:
Setelah semua peserta membersihkan diri dan bersarapan, kira-kira jam 10.00 pagi, beberapa orang peserta telah membuat “jungle tracking” menjejaki beberapa tingkat lagi jeram dan air terjun. Sepanjang perjalanan peserta mendapati terdapat 5 lagi jeram dan difahamkan ada lagi jeram sekiranya pendakian dibuat lebih jauh. Namun kami membuat keputusan untuk turun pada sebelah tengaharinya bagi menyediakan makan tengahari.Setelah makan tengahari, beberapa peserta pergi untuk menangkap ikan sebagai makan malam. manakala peserta lain membuat aktiviti masing-masing. Pada malamnya, semua peserta menghabiskan masa dengan game ringkas dan berbual antara satu sama lain.

Hari Ketiga:
Pada paginya kami bersiap-siap untuk mengemas barang dan membersihkan tapak perkhemahan, semua sampah telah dikumpul dan dibuang. Setelah membersihkan diri dan bersarapan, kami memulakan perjalanan untuk pulang. Pada mulanya kami dimaklumkan bahawa lori berkemungkinan tidak dapat menjemput kerana urusan memunggah buah kelapa sawit yang masih belum selesai, namun beberapa peserta membuat keputusan untuk berulang-alik menghantar dan menjemput kami dengan menaiki motorsikal sambil mencari alternative lain. Alhamdulillah, lori yang dijanjikan tiba jua untuk menjemput kami.Setelah tiba di rumah kak zila, kami berehat sebentar sebelum masing-masing pulang ke rumah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
scutigera coleopratrata

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


gambar beramai-ramai di air terjun