Kembara Lata Gambir
Tempat : Lata Gambir, Cheroh, Raub, Pahang
Peserta :
Noor Hasmadi bin Ahmad (K)
Mohd. Hisyam bin Mohd. Nor
Norhisham bin Othman
Ahmad Johari bin Ali
Shaiful Zahari bin Ismail
Mohd. Redzuan bin Mohd. Yusof
Rozila binti RazaliNorasikin binti Zulkifly
Nor Adila binti Mohamed Hazni
Hari Pertama:
Para peserta berkumpul di rumah kak zila yang merupakan salah seorang xpdc kali ini. Kami bertolak pada jam 6.45 petang dengan menaiki lori merentasi ladang kelapa sawit dan ada diantara kami yang menunggang motorsikal. Kami tiba kira-kira jam 7.25 petang selepas berjalan kaki selama 15 minit dari tempat kami diturunkan. Sesampainya di tapak perkhemahan beberapa peserta ditugaskan membuat pemantauan sebelum membersihkan tapak perkhemahan untuk mendirikan khemah.Setelah semuanya selesai, para peserta wanita diberi tugas untuk memasak hidangan makan malam. Hanya makanan ringkas yang disediakan seperti sardin dan nasi putih. Pada malamnya semua peserta berehat untuk menantikan aktiviti pada hari berikutnya.Pada malam itu juga, Abg Madi telah terjumpa dengan serangga spesis lipan yang kemudiannya telah dikenal pasti sebagai 'house centipede' atau nama saintifiknya 'scutigera coleoptrata'.
Hari Kedua:
Setelah semua peserta membersihkan diri dan bersarapan, kira-kira jam 10.00 pagi, beberapa orang peserta telah membuat “jungle tracking” menjejaki beberapa tingkat lagi jeram dan air terjun. Sepanjang perjalanan peserta mendapati terdapat 5 lagi jeram dan difahamkan ada lagi jeram sekiranya pendakian dibuat lebih jauh. Namun kami membuat keputusan untuk turun pada sebelah tengaharinya bagi menyediakan makan tengahari.Setelah makan tengahari, beberapa peserta pergi untuk menangkap ikan sebagai makan malam. manakala peserta lain membuat aktiviti masing-masing. Pada malamnya, semua peserta menghabiskan masa dengan game ringkas dan berbual antara satu sama lain.
Hari Ketiga:
Pada paginya kami bersiap-siap untuk mengemas barang dan membersihkan tapak perkhemahan, semua sampah telah dikumpul dan dibuang. Setelah membersihkan diri dan bersarapan, kami memulakan perjalanan untuk pulang. Pada mulanya kami dimaklumkan bahawa lori berkemungkinan tidak dapat menjemput kerana urusan memunggah buah kelapa sawit yang masih belum selesai, namun beberapa peserta membuat keputusan untuk berulang-alik menghantar dan menjemput kami dengan menaiki motorsikal sambil mencari alternative lain. Alhamdulillah, lori yang dijanjikan tiba jua untuk menjemput kami.Setelah tiba di rumah kak zila, kami berehat sebentar sebelum masing-masing pulang ke rumah.
scutigera coleopratrata
gambar beramai-ramai di air terjun
1 ulasan:
sure bestkan.....
Dulu pun saya dan rakan - rakan diajak oleh orang Prostar Ipoh g situ.... Apapun syabar dengan program - program u all.....
www.anugerahremajaperdana.blogspot.com
Catat Ulasan