Fraser's Hill International Bird Race 2007 - Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser 2007
Wah... sekarang masing2 sibuk dengan dunia sendiri.. tak mengapa... sibuk macamana pun... ada aktiviti yang telah disertai oleh ahli ORR.. Baru-baru ni... ayahanda Zul... atau Abang Zul dan 2-3 orang ahli telah menyertai FRASER'S HILL INTERNATIONAL BIRD RACE 2007 atau PERTANDINGAN MENGENAL BURUNG ANTARABANGSA BUKIT FRASER 2007 pada 23 dan 24 Jun 2007... Penat temuramah abang zul ni tau... baik korang baca....
Pertandingan ini adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dan pemenangnya ditentukan berdasarkan spesis burung terbanyak dijumpai oleh pasukan.. malah syarat pertandingannya juga mudah. Pertandingan dimulakan pada 1.00 petang, 23 Jun 2007 dan berakhir pada 12.00 tengahari, 24 Jun 2007. Setiap pasukan diberikan satu buku log untuk mencatatkan masa, tempat dan spesis burung yang dijumpai. Macam2 nama burung ni... dan macam2 pula spesisnya... Nama kumpulan Abang Zul ni... Blue Wing Pitta...
Macam2 cara lah diorang ni nak kenal nama burung... so diorang guna buku yang boleh didapati dimana2 kedai buku... macam2 tajuk ada.. tapi kepada yang professional... tengok warna bulu pelepah dengan bunyi pun dah kenal burung apa...
Mereka ni pun explore mana2 habitat burung yang ada di Bukit Fraser.. sehinggalah ke malam... memang menarik pengalaman mereka ni.. bunyi burung juga dikira markah tau.. so selama sehari semalam pertandingan berlangsung.. Kumpulan ini hanya mendapat 45 spesis burung sahaja. Untuk itu mereka mendapat saguhati sahaja..
Dibawah ni sedikit gambar yang dapat dirakam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan