Isnin, 15 September 2008

HARI OZON SEDUNIA: Selamatkan Ozon Anda


Assalamualaikum....Halloooo... Puasa tak ari nih.... huhuhu.... ok... Esok kita akan menyambut hari Ozon Sedunia.. Ozon.. amenda ozon tuh... itu pun tak tau ker... untuk itu, aku nak share satu artikel ringkas yang ditulis oleh MOHD FITRI AZIZ MOHD YUSOF yang boleh dibaca di http://www.yadim.com.my/

ok... amik nafas... baca pelan2....

Pada setiap tanggal 16 September, masyarakat dunia mempunyai hari istimewa iaitu hari memperingati ozon. Apakah itu ozon, apa kepentingannya dan mengapakah ia begitu penting sekali hingga wujudnya 16 September sebagai hari ozon sedunia?

Christian Friedrich Schonbein telah mengenalpasti lapisan ozon ini pada tahun 1840, dengan memberi definasi Ozon (O3) ialah sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul dan pada suhu dan tekanan biasa ia akan berbentuk gas biru kemudiannya membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C.
Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmospera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.

LAPISAN OZON
Lapisan ozon ini, wujud di antara lapisan stratosfera dan mesosfera. Ia juga berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung, walau bagaimanapun, sekiranya ozon terhasil di permukaan bumi seperti melalui asap kenderaan, ia boleh membahayakan kesihatan.

Namun begitu, sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai orang merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.

LUBANG OZON
Lubang ozon di Antartika disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Pembentukan ´lubang´ tersebut berlaku setiap bulan September dan pulih kepada keadaan normal pada lewat musin bunga atau awal musim panas.Dalam bulan Oktober 1987,1989,1990 dan 1991, bagi seluruh Antartika telah meningkat dengan mendadak iaitu kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartika.

PENIPISAN OZON
Penipisan ozon ini adalah akibat kekurangannya sumber air bersih, kerosakkan rantaian makanan, musnahnya ekosistem serta simbiosis, turunnya hasil pertanian malah punca utamanya bertambahnya penggunaan kenderaan yang menghasilkan gas-gas karbon, penghawa dingin dan pelbagai lagi melibatkan aktiviti industri yang kian berkembang setiap hari. Penipisan ozon juga dikaitkan dengan pemanasan global (kesan rumah kaca) yang boleh memunculkan beberapa lagi kesan negatif alam kepada masyarakat dunia.

Rumah Kaca ialah kesan yang diberi oleh rumah kaca terhadap persekitaran. Bukan sekadar peningkatan suhu, pemanasan global juga menyebabkan iklim menjadi ekstrim, suhu tak menentu, panas teramat panas, sejuk teramat sejuk, ribut taufan tiba-tiba melanda, serta banjir besar dan lain-lain bencana alam yang sebelum ini jarang terjadi.

Kerugian dunia dalam mengawal selia perubahan iklim kini mencapai 300 juta USD setahun dan inilah akibatnya masyarakat asyik leka mengurangkan keupayaan penyerapan gas karbon (carbon sink) dunia. Penebangan hutan dan pembalakan yang dilakukan oleh masyarakat kini adalah punca utama bertambahnya risiko penipisan ozon kerana keupayaan bumi menyerap telah dirosakkan. Kira-kira 65 juta hektar dari 3500 juta hektar hutan telah musnah dalam tempoh 1990 hingga 1995.

Sebagaimana yang diperkatakan semasa konferensi ke-21 ´United Nation Environment Programme´ (UNEP) di Nairobi, Kenya, PBB melaporkan untuk mengurangkan pemanasan global pada 50 tahun yang akan datang kira-kira 300 juta USD akan diperlukan.

Menurut Klaus Toepfer, Pengarah Eksekutif UNEP, untuk mengurangi permasalahan ini sahaja tidak cukup apa yang diperlukan ialah kesedaran masyarakat betapa gentingnya kehidupan manusia pada masa sekarang.Tambah beliau lagi, indeks karbon (CO2) di udara terus meningkat dari tahun 1990 dengan 1.34 juta tan mencecah sehingga 1.47 juta tan pada tahun 1997. Negara-negara maju menyumbang kira-kira dua pertiga indeks karbon di dunia berbanding negara membangun yang hanya menyumbang sepertiga indeks karbon kepada dunia. Kita sudah pasti dapat membayangkan betapa pemanasan global ini adalah selaras dengan perkembangan dan kemajuan industri sesebuah negara itu.

Sepanjang abad ke-20, pernah terjadi pada tahun 1998 yang telah dicatat sebagai tahun terpanas yang dikenali sebagai kesan fenomena El-Nino hingga menyebabkan hutan-hutan di Indonesia, Brazil dan Australia mengalami kemarau yang panjang sekali gus mencatatkan kebakaran hutan yang besar pada tahun tersebut.

´Intergovernmental Panel on Climate Change´ (IPCC) telah mencatatkan kenaikkan suhu dunia pada masa itu ialah antara yang tertinggi dengan angka 35 hingga 45o C. Badan tersebut juga meramalkan bahawa paras laut akan naik setinggi 1 meter menjelang tahun 2008. Kesan kenaikkan paras laut ini akan memberi kesan kepada negara-negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, sepanjang pantai Mediteranean, pantai barat Afrika dan terumbu karang di Lautan Pasifik dan Indonesia.

Penipisan ozon juga bermakna sinaran ultra ungu (ultra violet) yang berbahaya menyerang kerana sinaran ini mampu menembusi lapisan ozon yang menipis sekali gus mengakibatkan sesiapa yang tekena sinaran ini akan terdedah dengan penyakit barah kulit dan katarak. Selain kesan ini sinaran ultra ungu ini akan menyebabkan kabut atau jerebu (fotokimia) apabila sinaran ini bercampur dengan pencemaran udara oleh aktiviti industri dan kenderaan.

Apapun permasalahan ini adalah datangnya dari manusia itu sendiri. Dalam mengejar kemajuan dan pemodenan kita sebenarnya terlupa untuk menjaga kesihatan dunia hingga tidak tersedar bahawa ia semakin nazak dengan angkara yang dilakukan oleh penghuninya.

Langkah paling bijak kini adalah menyedarkan diri dan masyarakat betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan kesan yang akan diterima jika mereka terus-menerus merosakkan alam sekitar dengan nafsu yang tinggi.

so.. amacam.. faham kan... oleh itu...prihatin lah kepada persekitaran dan bumi kita.. cau cin cau... hah! cincau lagik... aduyaiiiiii

Tiada ulasan: