Pendakian Bukit Kolam diteruskan Untuk Tahun 2009
Assalamualaikum... wass up.. cewah...
oklah... untuk update kali ni... nak citer sket ttg pendakian ke bukit kolam... yang ni bukan program rasmi kelab, tapi atas jemputan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Dato' Shahbandar Hussein, sebagai pemandu arah dan membantu semasa pendakian tersebut. Program ini merupakan salah satu dari modul Kursus Kepimpinan Pengawas sekolah tersebut yang telah diadakan dari 03 April 2009 - 05 April 2009.
Pada 05 April 2009, kami seramai 9 orang yang terdiri daripada Abg Madi, Abg Black, Abg Asri (sanggup datang dari lepih), Abg Sham, Akak Ikin, Duan, Hanapi and aku..menyertai pendakian tersebut... huhuu
Kami berkumpul dahulu di perkarangan sekolah dan mendengar taklimat dari cikgu dan taklimat dari Abg Madi n Abg Sham... Pukul 8.30 baru bertolak dari sekolah ke Hutan Simpan Rotan Tunggal. Abg Black mengetuai rombongan.
Kira-kira jam 11.00 semuanya telah sampai ke checkpoint pertama dan dari sana mendengar taklimat yang kedua... dari sini, mereka boleh melihat flora dan fauna yang berbeza dari tanah rendah.. macam2 mereka boleh lihat dan sentuh.. tapi tidak sekali2 mematah, memetik dan mengambil... cukup hanya mengambil gambar...
Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cendawan Hutan dan Periuk Kera menarik perhatian mereka. Malah ada yang berjumpa dengan kura-kura... kura2 di kawasan tinggi !??... semuanya mungkin adik2 semua... heheheh
Berhenti seketika di puncak, dimana mereka semua boleh melihat seluruh bandar raub. Dari sana juga mereka boleh lihat SMK Dato' Shahbandar Hussein... ada yang berehat.. ada yang bergambar.. dan tidak kurang juga melihat2... Sambil ahli-ahli Orang Rimba Raub memasang tali sebagai langkah keselamatan untuk menuruni bukit.
Jika mula2 mereka terpaksa mendaki, kali ini mereka terpaksa menuruni bukit yang curam.. namun mereka harus menyahut cabaran ini. 80% perjalanan turun mereka harus menuruni bukit yang curam dan licin... ada juga mereka terpaksa berpegang kepada rotan yang telah liar tumbuh.
Kami memuji sikap mereka yang sabar dan bersemangat sepanjang pendakian... tahniah untuk mereka. Semoga pengalaman pendakian serta merentas hutan tersebut menjadikan anda seorang yang cekal dan tabah... serta menjadi pengawas yang penyabar... hehehhehe.. tepuk sekali... tepuk empat kali.... okeh....
Kami, Kelab Orang Rimba Raub ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Dato' Shahbandar Hussein serta guru-guru yang terlibat... comel2 guru2 yang turut serta dalam pendakian tersebut... sekian sahaja tuk kali ni... jumpa lagi...
Jom kita tengok gambar....
taklimat sebelum bertolak...
sapa nak pegi??... ramai rupanya....
kat checkpoint pertama
tengah rehat2..
hehehehe cam nak tidur je dik...
pose dek.... jgn tak pose (diorang ni ahli kelab kembara rasanya... rasanya lah...)
dengan gigih abg asri membantu
baik-baik dek.... kata abang sham... hehehe
arrr... pegang tali tuh... haa.. elok2
gambar beramai-ramai
posing maut heheehhe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan