Selasa, 12 Jun 2007

XPDC Berakit Antarabangsa Sg. Pahang 2007

Untuk sekian lamanya, jari2 ku bercuti dari menulis dan bercerita mengenai aktiviti kami. Mungkin pada mereka yang tahu.. baru-baru ini telah diadakan acara tahunan EKSPEDISI ANTARABANGSA BERAKIT SUNGAI PAHANG 2007, yang bermula dari Kuala Lipis dan berakhir di Pekan pada 29 April - 6 Mei.

Ada ahli kami yang menyertainya.. namun berpecah mengikut jabatan atau pertubuhan lain. Seperti pengerusi kami Abang Madi, beliau menyertai kumpulan berakit JKR Daerah Raub, manakala S/U kami, Abang Asri.. AJK ... Saiful, Abang Black dan Abang Sani dibawah Belia Felda (rakit lanun... sapa yang tak kenal...) .. Malah abang Shah dari KL pun ada.. (tapi dia ni mmg tiap2 tahun ada)

Pada 1 mei 2007, kami (saya, sham n zila) berjaya menjejaki mereka di kg. sanggang... hmmm seawal 4 petang kami dah menunggu di tebing sungai... pukul 8.30 mlm baru mereka sampai !!... tapi takper... dek kerana teruja, kami tak kisah... janji dapat tengok live rakit2 ni sampai (errr.. ni first time saya pergi program rakit antarabangsa..hheehehe). oklah... nak cerita banyak... saya tak mengikutinya dari awal... namun satu saja azam kami.... tahun depan.. RAKIT ORR akan turut serta menyusuri sg. pahang.... Satu cabaran buat kami.... ada berani..

adeh lahhhh.... puas aku mengedit...
























Itu antara gambar2 yang diperolehi... so enjoy

Tiada ulasan: